Tuesday, June 2, 2009

Budget Holiday In The UK


Terima kasih ramai yang membaca blog ini dan bertanya berapakah budget minima untuk bercuti di United Kingdom? Kami berpendapat bukan semua pelancong yang datang ke UK untuk menghabiskan masa melawat dan membeli belah di Kota London yang mahal, budaya multi-racial dan serba sibuk. Ada juga yang melancong bertujuan untuk mengalami budaya penduduk UK yang sebenar seperti di Bedford bandar country sides dengan ladang-ladang luas terbentang dan rumah2 tradisional yang masih wujud. Istemewa untuk anda jom pi london kami sediakan ialah penginapan yang murah dan selesa.

Pertanyaan tersebut boleh dijawab bak kata pepatah Melayu "Tepok Dada Tanya Selera" (TDTS) Namun demikian kami ingin berkongsi pengalaman kami yang sering dikunjungi kawan-kawan dari Malaysia yang bercuti di sini. Kami juga mengalu-alukan komen dari pembaca yang pernah datang ke sini.

1. Selalu selalulah melayari websites agensi penerbangan seperti AirAsia-X dan lain-lain agensi penempahan tiket penerbangan. Sebaik-baiknya anda mulakan search booking 3 ke 6 bulan sebelum rancangan bercuti. Harga tiket yang dikira murah ialah kurang dari RM2,000.00. yang kami pasti jenguk jenguk website offer AirAsia-X. Booking online dengan mendapatkan e-tiket adalah digalakkan.

Kos tiket RM 2000.00.

Menurut sumber tiket bagi April 2010 (musim Spring) ialah RM 1630.00 sahaja.

2. Perlu diingatkan di UK kos penginapan adalah mahal unless anda ada saudara mara yang sanggup menumpangkan anda bermalam. Terfikir juga anda tentu tidak mahu menyusahkan saudara mara atau kawan-kawan yang kemungkinan rumah kecil dan mempunyai isi famili yang ramai.

Nah....sekarang anda tidak perlu risau. Anda adalah saudara kami juga dan kami menanggap anda sebagai tetamu. dengan menyewa bilik-bilik yang mampu kami sediakan. Anda boleh bermalam dan tinggal untuk sehari, dua hari, berminggu atau berbulan-bulan tak mungkin bertahun-tahun (kes over-stayed bahaya). Kami ingin anda beranggapan anda datang melawat kami dan bersama-sama kami merasai keseronokan bercuti di Benua Eropah dengan kos penginapan yang termurah di bumi UK ini di Teratak Murni Bedford. Yang pasti kebiasaannya jangka masa anda berada di sini ialah sekurang-kurangnya 14 hari (2 hari jetlag).

Jangka Masa Bercuti: 14 hari

(Tips bercuti) . Anda digalakkan datang bercuti sekurang-kurangnya berkumpulan 3 orang dan tidak lebih dari 6 orang. Ini untuk berkongsi kos penginapan dan pengangkutan.

Kos Sewa bilik di B&B kami (No Star lagi):

(a) Untuk bilik kecil muat seorang: RM 110.00 semalam (termasuk sarapan pagi)

Kos Penginapan : 14 x 110.00 = RM 1,540.00

(b) Untuk bilik sederhana muat 2 orang: RM 192.50 semalam (termasuk sarapan pagi)

Kos Penginapan: 14 x 192.50 =RM 2, 695.00/2 = RM 1,347.50

(c) Untuk bilik besar muat 3 orang = RM 247.50 semalam (termasuk sarapan pagi).

Kos Penginapan : 14 x 247.50 = RM 3,465.00/3 = RM 1155.00

[tamat mengira bab sewa bilik]

3. Kos Pengangkutan:

(a) Jemput dan Hantar (Dari Airport Ke Bedford) = RM 440.00 (kalau teksi RM 660.00)
kalau 2 orang baru RM 220.00
Kalau 3 orang baru RM 147.00

(b) Tambang Tren One Day Travel Card Dari Bedford ke London

Dewasa RM 77.00
Kanak-Kanak (5-15 tahun) = RM 11.00
Kumpulan RM 27.00 seorang (lebih dari 3 orang) = RM 203.00.

(Tips Bermalam di Kota London).
Kami mempunyai rangkaian B&B KakNorbee di Barking, London dengan harga RM192.50 semalam sebilik muat 3 orang. Andai kata anda ingin berpuas-puas menjelajah Kota London jangkamasa 3 hari sudah cukup. Kos penginapan anda di Teratak Murni ditolak.

4. Lain-Lain Kos (makanan dan membeli-belah):

Ini bergantung kepada anda tetapi bole kami anggarkan dari RM 1000.00 hingga RM2,000 memadai bagi cuti berhemah...lepaslah membeli cenderahati yang murah-murah. Kalau masuk Harrold setakat apron masak boleh beli RM 15.00 satu. Setakat baju-baju murah berkualiti boleh pi retail shop atau PRIMARK berbelanja dari RM 15.00 hingga RM 110.00. Harga pakaian M&S berbaloilah juga kalau membeli sebab murah dari yang dijual di KLCC.

Jadi keseluruhan Kos yang kami kira cukup untuk anda bercuti melawat-lawat Bedford dan Kota London ialah:

a) Kos Tiket Kapal terbang = RM 2,000.00
b) Kos Penginapan = RM 1,540.00
c) Kos Pengangkutan = RM 440.00
d) Kos Pi London = RM 77.00 (sekali pergi sahaja tau!)
e) Bermalam di London = RM 192.00
Kos Lain-Lain (TDTS) = RM 1,000.00

Jumlah Kos = RM 5249.00

Apa kata anda ? murah ? mahal? Walaubagaimana pun jangan risau...anda tetamu kami. Kalau masa mengizinkan saya bole drive anda ke London untuk membeli belah dan melawat secara sukarela. Anda seronok piLondon kami pun seronok pilondon....insyaalah....sekurang2nya beli freeze magnet pun OK... janji pi London bergambar di Tower Bridge, Trafalgar Square dan Big Bens will do.

Please correct me IF I am wrong presenting you the above budget....kami akan update lagi...insyaalah.

(Anggaran Exchange Rate 1 pounds= RM 5.5.

TIPS LAGI:

(Tips Proses imigresen). Kebiasaanya apabila anda keluar dari pesawat anda akan melalui pemeriksaan Border Agency UK. Selalunya mereka (kalau nasib tak baik terkena kaunter pegawai yang fussy) akan bertanya tujuan anda datang ke UK dan memeriksa paspot dan tiket datang dan balik. Sekiranya datang bertujuan untuk bercuti jangan sekali membeli tiket one-way. Seelok eloknya belilah return ticket.

Berhati-hati apabila membawa barang-barang cecair (budu n cencalok?) dan makanan kering. Sila surf website ini"Airport Security". Bole bawa tetapi masukkan dalam beg luggage. Kalau bawa ikan bilis boh dalam bubble wrap...air tight.. takut passby customs points nasib tak baik anjing kastam terhidu...jenuh la nak jawab kenapa ikan tu kecik-kecik. Dont worry disini pun ade jual ikan bilis, belacan, budu, but not sure cencalok...so takyah la susah bawak. Tapi saya bawak jugak sebab murah guna Ringgit..but must pack them properly for own use not for sale.

Wassalam.

8 comments:

camillia homemade chocolate said...

bila masanya paling sesuai bercuti di london?

Airitamboy said...

I am travelling with my family, 5 of us. Date of travelling is from 25th Dec to 1st Jan. Kalau boleh nak betoi-betoi bajet ni...macam mana nak contact?

Zahari Zakaria said...

Saya bercadang nak ke London dari 27 April hingga 7 May. macam mana nak contact . zahari@mediaprima.com.my

Unknown said...

Salam, bercadang bercuti untuk 3 orang dari 18.4.2014 hingga 9.5.2014. Perlukan tetmpat tinggal yang budget any recommendation? Please contact me at norahashim16@gmail.com

Anonymous said...

Salam,

Saya perlukan homestay apartment untuk 6 orang.
Email saya di nadia_adnan88@yahoo.com
tq

Cristiano Ronaldo said...

A'kum bang/ kak, macam mana nak contact ye.. boleh tinggalkan email@mobile no.. please...

Cristiano Ronaldo said...

Bang, sy teringin nk gi London nih..klau budget Kak Norbee boleh kot sy save sikit kerana kami 7 sekeluarga

Marissa M said...

As Salam, saya plan nak travel Europe + London October 2014 ini. Boleh suggest accommodation stay ala backpack... n contact Kak Norbee if you dont mind :)
e-mail saya: scacha_marissa@yahoo.com

Post a Comment