Wednesday, January 12, 2011

Pakej Cuti-Cuti London



Salam hormat kepada semua pengunjung blog ini

Buat pengetahuan semua, kami telah berpindah ke blog baru iaitu

http://cuti2london.blogspot.com

sila layari blog baru kami untuk mengetahui perkhidmatan dan pakej-pakej percutian ke London yang kami tawarkan.

terima kasih
[ ... ]

Tuesday, February 9, 2010

Rangkaian Homestay Kami


Salam sejahtera pengunjung blog ini.

Oleh kerana permintaan yang banyak sehingga B&B kami tidak dapat menempatkan pengunjung sekali gus maka pihak kami bersedia membantu mencari alternatif tempat bermalam di rangkaian homestay kawan-kawan kami di London dan sekitar Bedford.

Kami berhubung rapat dengan Kak Ummi yang mempunyai apartment 4 bilik dengan harga berpatutan. Apartment beliau amatlah sesuai bagi mereka-mereka yang ingin bermalam di tengah-tengah kota London dan terdapat kemudahan-kemudahan kedai-kedai runcit dan makanan halal.

Harga bilik yang ditawarkan oleh Kak Ummi ialah £50.00, £60.00, £80.00 dan £90.00 semalam. Sesiapa yang ingin booking bilik di Apartment beliau harap dapat menghubungi kami dan kami akan emelkan nombor telefon Kak Ummi.

Selain dari Kak Ummi kami juga mempunyai rakan hometstay di Willesden, London yang dimiliki oleh Encik Ahmad. Website beliau ialah Home & Away Guest House.

Bagi mereka yang ingin bermalam luar dari London kami juga mempunyai rakan rangkaian Puan Zarina Guest House di Bedford. Beliau menawarkan harga sebilik £50.00 semalam hanya untuk 2 orang sahaja.

Pihak kami bersedia untuk memberi perkhidmatan melancong ke Paris seharian dengan bas mini atau van untuk 7 hingga 14 orang mengikut budget anda.

Sekian buat kali ini dan selamat melancong ke London.
[ ... ]

Tuesday, November 3, 2009

We're Back to Business



Salam semua, untuk pengetahuan semua B&B kami telah dibuka seperti biasa dan sedia untuk menerima tempahan.

Do contact us for more info.


[ ... ]

Sunday, August 30, 2009

Penutupan B&B sempena menyambut Syawal

The Baitul Futuh mosque in London

Salam semua

Untuk pengetahuan semua, B&B akan ditutup mulai 18 september sehingga 10 oktober kerana saya akan pulang ke malaysia untuk berhari raya.

jika ada sebarang pertanyaan sila e-mail saya di jomgilondon@gmail.com

terima kasih

[ ... ]

Friday, July 10, 2009

Ingin Bercuti Ke London?


Ingin bercuti ke London dengan budget paling minima?

Sila layari blog kami untuk mendapati info dan tips menarik untuk percutian anda

Untuk makluman lanjut, anda boleh lah menghubungi kami di e-mail atau di talian telefon.

Terima kasih.

Jom Pi London!

[ ... ]

Sunday, June 14, 2009

Galeri Bilik


Bilik single dengan kadar 20pounds semalam seorang. Bilik boleh muat dua (2) orang tapi sempitlah. Kalu lebih dari seorang kita charge 5pounds extra untuk tampong sorang lagi tu guna elektrik, air dan gas. Di UK ni elektrik gas air memang mahal nak bayar...so kalau bertandang kerumah kawan-kawan di London ingat-ingatlah sikit mandi tu biarlah sekali jer sehari...janganlah sampai berjam-jam (joke jer).


Bilik double boleh muat empat (4) orang kalau datang dengan geng-geng. Kita charge 20pound seorang dan kalau lebih dari 2 orang kita charge 10pounds seorang, so jumlah 40pounds semalam. Sesuai untuk satu famili emak bapa dan 2 anak-anak...kalau nak dok podot-podot (betoi ke bahasa ni?) pun tak salah, macam kita balik kampong halaman bila hari raya di rumah emak bapak kita yang ramai cucu-cucu. Janji nak tidor jerkan lepas penat jalan-jalan.

Kat atas tu gambar katil dia...almari sangkut baju belum beli lagi...sidai jer mana-mana. Bilik ini besar boleh muat selesa untuk 5 orang. Kita bole bagi extra tilam.



Kalau Travel Lodge di Bedford semalam dari 30pounds tapi jauh dari bandar dan stesyen tren ke London....lagipun tak boleh memasak nak podot-podot ramai pun tak bole. Ade jugak orang Arab buat hotel di London di Edgware Road charge 30pounds untuk backpackers tetapi alahai punyalah keciknye nak sembahyang pun atas katil.


Bilik air bath tub stail but ade shower.

Dapor untuk tetamu-tetamu memasak kalau yang bawak instant foods dari Malaysia. Kalau datang beramai-ramai sure enjoy makan panas-panas. Kalau malas nak masak upah jer kami memasak makanan kesukaan anda ..tiada masalah. Kita sediakan peti ais, rice cooker, ketel masak air, gula garam secukupnya.



Kelengkapan Homestay B&B ini perlulah dikongsi bersama dengan tetamu-tetamu yang juga menyewa di B&B ini. (sharing basis).


Ruang rehat juga boleh dijadikan bilik tidur jika anda menyewa kesemua bilik di B&B ini.

Harga di atas adalah untuk sebuah bilik bukan untuk seorang. Setiap bilik boleh memuatkan 3-4 orang. Tambahan 10pounds seorang sekiranya tinggal lebih satu orang sebilik.

Untuk harga sewaan seluruh rumah atau bilik di B&B ini, sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.


[ ... ]

Tuesday, June 2, 2009

Aktiviti Di London

Salam semua, maaf kerana tidak banyak entry post di dalam blog ini lagi kerana kami masih mengumpul maklumat-maklumat dan gambar-gambar untuk tatapan dan kemudahan kita bersama.

Walau Bagaimanapun untuk pengetahuan anda, Homestay B&B ini telah pun beroperasi dan sudah mula untuk disewa. Sila hubungi kami melalui emel atau telefon dengan segera untuk menempah bilik penginapan anda.

Berita baik kepada kaki-kaki pancing, kaki-kaki golf dan juga kaki-kaki shopping. Kami akan aturkan program di blog ini seperti di Selat Inggeris, Dover atau Lautan Pasifik Bangor North Wales biasanya dari bulan Mei hingga Julai, bermain golf (kecuali musim sejuk) dan juga tempat-tempat menarik yang murah untuk membeli belah seperti retail shops, designer outlets dan membeli barang-barang terpakai dan antik di lokasi car boot sale berhampiran Bedford.

Memancing Ikan Mackerel Di English Channel Bulan Julai Musim Panas

Shopping Di Designer Outlet, Beicester Oxford

Kaki CarBoot Sales Hari Ahad (Kita panggil CBS ....Standard Sikit)


Ingin bercuti di Kota London atau UK? Tambang ke London sama ada menaiki penerbangan MAS atau Airasia-X amatlah murah jika dirancang lebih awal. Terdapat persaingan hebat oleh syarikat-syarikat penerbangan ke destinasi-destinasi tertentu, sama ada Airasia-X ke Stansted Airport London atau MAS ke Heathrow Airport London.



Misalnya bagi penerbangan Airasia tahun 2010, bagi musim bunga/panas (spring/summer) tambangnya boleh diperolehi semurah RM1,632.00 untuk pergi dan balik.

Tujuan kami berkongsi dalam blog ini adalah ingin memberikan kemudahan kepada mereka yang ingin merasai bercuti di London atau UK, dengan badget yang rendah tetapi tempat menginap yang selesa.... banyak boleh jimat? Sewa bilik di sini boleh diperolehi serendah £20.00 sehari dan boleh masak sendiri kalau mahu atau membeli makanan halal yang mudah diperolehi sekitar B&B ini.

Untuk ke London anda boleh menaiki tren (keretapi) dari stesen Bedford ke London (1 jam travel) dengan menggunakan tiket 1 hari perjalanan termasuk menaiki tiub (tube bawah tanah) dengan tambang £24.50.

Jika mahu ke destinasi lain di UK, anda boleh sewa sahaja kereta dengan memandu sendiri dengan kadar lebih kurang £25.00 sehari lengkap dengan "GPS navigator". Lesen anda (Malaysian driving licence) yang sah hidup memang laku untuk digunakan selama setahun di UK. Kalau sewa kereta drive sendiri lebih seronok sebab kita bebas untuk ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.....

Sila "booking" sekali sewa kereta "online" sebelum anda sampai di airport sebab tempahan online lebih murah. Untuk jimat, booking kereta tanpa air-condition (buka skrin tingkap udara luar sudah amat sejuk). Sesampai di airport, terus pergi kaunter Hertz untuk mendapatkan kereta sewa pandu sendiri anda. Jangan lupa bawa sekali "road map" sebagai panduan tambahan terutama "road map London".

Lawati website sewa kereta di Bedford berikut :
RentalCarGroup atau Hertz. Oleh itu, anda bolehlah budget sendiri berapa hari untuk bercuti di London atau UK dengan penjimatan yang agak besar..... nikmatilah betapa nyaman dan indahnya waktu musim bunga (spring 2010 in April) di UK. See you there in April 2010.

Current exchange rate : £1.00 = RM5.50
[ ... ]

Budget Holiday In The UK


Terima kasih ramai yang membaca blog ini dan bertanya berapakah budget minima untuk bercuti di United Kingdom? Kami berpendapat bukan semua pelancong yang datang ke UK untuk menghabiskan masa melawat dan membeli belah di Kota London yang mahal, budaya multi-racial dan serba sibuk. Ada juga yang melancong bertujuan untuk mengalami budaya penduduk UK yang sebenar seperti di Bedford bandar country sides dengan ladang-ladang luas terbentang dan rumah2 tradisional yang masih wujud. Istemewa untuk anda jom pi london kami sediakan ialah penginapan yang murah dan selesa.

Pertanyaan tersebut boleh dijawab bak kata pepatah Melayu "Tepok Dada Tanya Selera" (TDTS) Namun demikian kami ingin berkongsi pengalaman kami yang sering dikunjungi kawan-kawan dari Malaysia yang bercuti di sini. Kami juga mengalu-alukan komen dari pembaca yang pernah datang ke sini.

1. Selalu selalulah melayari websites agensi penerbangan seperti AirAsia-X dan lain-lain agensi penempahan tiket penerbangan. Sebaik-baiknya anda mulakan search booking 3 ke 6 bulan sebelum rancangan bercuti. Harga tiket yang dikira murah ialah kurang dari RM2,000.00. yang kami pasti jenguk jenguk website offer AirAsia-X. Booking online dengan mendapatkan e-tiket adalah digalakkan.

Kos tiket RM 2000.00.

Menurut sumber tiket bagi April 2010 (musim Spring) ialah RM 1630.00 sahaja.

2. Perlu diingatkan di UK kos penginapan adalah mahal unless anda ada saudara mara yang sanggup menumpangkan anda bermalam. Terfikir juga anda tentu tidak mahu menyusahkan saudara mara atau kawan-kawan yang kemungkinan rumah kecil dan mempunyai isi famili yang ramai.

Nah....sekarang anda tidak perlu risau. Anda adalah saudara kami juga dan kami menanggap anda sebagai tetamu. dengan menyewa bilik-bilik yang mampu kami sediakan. Anda boleh bermalam dan tinggal untuk sehari, dua hari, berminggu atau berbulan-bulan tak mungkin bertahun-tahun (kes over-stayed bahaya). Kami ingin anda beranggapan anda datang melawat kami dan bersama-sama kami merasai keseronokan bercuti di Benua Eropah dengan kos penginapan yang termurah di bumi UK ini di Teratak Murni Bedford. Yang pasti kebiasaannya jangka masa anda berada di sini ialah sekurang-kurangnya 14 hari (2 hari jetlag).

Jangka Masa Bercuti: 14 hari

(Tips bercuti) . Anda digalakkan datang bercuti sekurang-kurangnya berkumpulan 3 orang dan tidak lebih dari 6 orang. Ini untuk berkongsi kos penginapan dan pengangkutan.

Kos Sewa bilik di B&B kami (No Star lagi):

(a) Untuk bilik kecil muat seorang: RM 110.00 semalam (termasuk sarapan pagi)

Kos Penginapan : 14 x 110.00 = RM 1,540.00

(b) Untuk bilik sederhana muat 2 orang: RM 192.50 semalam (termasuk sarapan pagi)

Kos Penginapan: 14 x 192.50 =RM 2, 695.00/2 = RM 1,347.50

(c) Untuk bilik besar muat 3 orang = RM 247.50 semalam (termasuk sarapan pagi).

Kos Penginapan : 14 x 247.50 = RM 3,465.00/3 = RM 1155.00

[tamat mengira bab sewa bilik]

3. Kos Pengangkutan:

(a) Jemput dan Hantar (Dari Airport Ke Bedford) = RM 440.00 (kalau teksi RM 660.00)
kalau 2 orang baru RM 220.00
Kalau 3 orang baru RM 147.00

(b) Tambang Tren One Day Travel Card Dari Bedford ke London

Dewasa RM 77.00
Kanak-Kanak (5-15 tahun) = RM 11.00
Kumpulan RM 27.00 seorang (lebih dari 3 orang) = RM 203.00.

(Tips Bermalam di Kota London).
Kami mempunyai rangkaian B&B KakNorbee di Barking, London dengan harga RM192.50 semalam sebilik muat 3 orang. Andai kata anda ingin berpuas-puas menjelajah Kota London jangkamasa 3 hari sudah cukup. Kos penginapan anda di Teratak Murni ditolak.

4. Lain-Lain Kos (makanan dan membeli-belah):

Ini bergantung kepada anda tetapi bole kami anggarkan dari RM 1000.00 hingga RM2,000 memadai bagi cuti berhemah...lepaslah membeli cenderahati yang murah-murah. Kalau masuk Harrold setakat apron masak boleh beli RM 15.00 satu. Setakat baju-baju murah berkualiti boleh pi retail shop atau PRIMARK berbelanja dari RM 15.00 hingga RM 110.00. Harga pakaian M&S berbaloilah juga kalau membeli sebab murah dari yang dijual di KLCC.

Jadi keseluruhan Kos yang kami kira cukup untuk anda bercuti melawat-lawat Bedford dan Kota London ialah:

a) Kos Tiket Kapal terbang = RM 2,000.00
b) Kos Penginapan = RM 1,540.00
c) Kos Pengangkutan = RM 440.00
d) Kos Pi London = RM 77.00 (sekali pergi sahaja tau!)
e) Bermalam di London = RM 192.00
Kos Lain-Lain (TDTS) = RM 1,000.00

Jumlah Kos = RM 5249.00

Apa kata anda ? murah ? mahal? Walaubagaimana pun jangan risau...anda tetamu kami. Kalau masa mengizinkan saya bole drive anda ke London untuk membeli belah dan melawat secara sukarela. Anda seronok piLondon kami pun seronok pilondon....insyaalah....sekurang2nya beli freeze magnet pun OK... janji pi London bergambar di Tower Bridge, Trafalgar Square dan Big Bens will do.

Please correct me IF I am wrong presenting you the above budget....kami akan update lagi...insyaalah.

(Anggaran Exchange Rate 1 pounds= RM 5.5.

TIPS LAGI:

(Tips Proses imigresen). Kebiasaanya apabila anda keluar dari pesawat anda akan melalui pemeriksaan Border Agency UK. Selalunya mereka (kalau nasib tak baik terkena kaunter pegawai yang fussy) akan bertanya tujuan anda datang ke UK dan memeriksa paspot dan tiket datang dan balik. Sekiranya datang bertujuan untuk bercuti jangan sekali membeli tiket one-way. Seelok eloknya belilah return ticket.

Berhati-hati apabila membawa barang-barang cecair (budu n cencalok?) dan makanan kering. Sila surf website ini"Airport Security". Bole bawa tetapi masukkan dalam beg luggage. Kalau bawa ikan bilis boh dalam bubble wrap...air tight.. takut passby customs points nasib tak baik anjing kastam terhidu...jenuh la nak jawab kenapa ikan tu kecik-kecik. Dont worry disini pun ade jual ikan bilis, belacan, budu, but not sure cencalok...so takyah la susah bawak. Tapi saya bawak jugak sebab murah guna Ringgit..but must pack them properly for own use not for sale.

Wassalam.
[ ... ]

Monday, May 18, 2009

Kadar Sewa Bilik


Kami menyediakan 4 buah bilik tidur (4 bedrooms),
1 ruang rehat dan makan
(a living & dining hall),
sebuah dapur
(a kitchen)
dan juga
sebuah bilik mandi (a bathroom).

Kelengkapan B&B atau guest house ini perlulah dikongsi bersama dengan tetamu-tetamu yang juga menyewa di B&B ini. (sharing basis)

Ruang rehat juga boleh dijadikan bilik tidur jika anda menyewa kesemua bilik di B&B ini.

Kami menawarkan harga sewaan sebuah bilik serendah;

room rate rental

dari serendah / from

£20
+ sarapan pagi / breakfast
(+/- RM110)

sehingga / until

£45
+ berserta sarapan pagi /breakfast
(+/- RM248)


Harga di atas adalah untuk sebuah bilik bukan untuk seorang. Setiap bilik boleh memuatkan 3-4 orang.

Untuk harga sewaan seluruh rumah atau bilik di B&B ini, sila hubungi kami untuk perbincangan lanjut.

Sila hubungi kami untuk mengetahui availability bilik

Terima kasih, Wassalam

[ ... ]

Makanan Di Bedford


Tidak susah untuk cari makan di sini kerana terdapat banyak kedai makan Halal. Ada juga restoren cina yang halal di sini. Kebanyakkan kedai menjual makanan segera seperti Piza, Ayam Goreng, Ayam Panggang, Kebab, Roti Nan, Tandoori, Massala dan lain-lain. Tidak lupa di sini juga amat terkenal dengan chips nya (french fries).


Makanan seperti beriyani juga mudah untuk didapati di sini kerana kebanyakkan pengusaha kedai makan ini adalah pakistani, benghali, punjabi. Kebanyakkan kedai juga ada menawarkan servis penghantaran makanan ke rumah bermula dari 5pm - 12am.


Kami menyarankan kepada anda untuk memasak saja di B&B walaupun hanya nasi dan sardin. Dan anda juga boleh membawa bekalan makanan dari malaysia untuk lebih penjimatan


[ ... ]

Perkhidmatan Pengangkutan



Kami juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan dari Heathrow Airport (flight by MAS) atau Stansted Airport (flight by Air Asia X) ke B&B kami dengan charge paling minima.



Perjalanan dari airport ke B&B kami memakan masa hampir satu jam. Di sepanjang perjalanan anda akan dapat menikmati pemandangan yang sangat cantik dan mustahil untuk anda dapat melihatnya jika anda menetap di kota London.


Anda akan dapat melihat ladang-ladang yang menghijau, rumah-rumah english lama dan banyak lagi pemandangan menarik yg bakal anda saksi kan jika anda memilih untuk tinggal di B&B kami di Bedford.


Untuk penumpang yang melebihi 4 orang, kami akan menyewa kenderaan yang lebih besar dan luas untuk keselesaan anda dan caj paling minima akan kami kenakan.

Kami juga ada menyediakan perkhidmatan site visit atau sight-seeing untuk anda melawat kawasan-kawasan menarik di sekitar dan tempat berhampiran Bedford.

Untuk ke bandar Bedford, kami cadangkan anda untuk berjalan kaki saja dari B&B kerana lokasinya tidak begitau jauh untuk menjimatkan kos pengangkutan. Perkhidmatan teksi dan bas juga disediakan untuk pilihan anda.


Tambang Tren Dari Bedford ke Brighton untuk melihat pantai di UK adalah seperti di bawah:

Want to visit the Capital or Coast?
Why not take advantage of our off peak discount First Capital Connect rail offer to Brighton via London and Gatwick.

First Capital Connect Tickets (Price changes from 2nd January 2009)
Adult £14
Child £2 (5 - 15 years)
Group £35


sumber dari (Tourist Information Centre, Bedford)

Untuk tempahan dan pertanyaan, sila hubungi kami dengan segera. terima kasih


[ ... ]

Saturday, May 2, 2009

Galeri


Sila klik pada thumbnail untuk imej lebih besar


[ ... ]