Tuesday, June 2, 2009

Aktiviti Di London

Salam semua, maaf kerana tidak banyak entry post di dalam blog ini lagi kerana kami masih mengumpul maklumat-maklumat dan gambar-gambar untuk tatapan dan kemudahan kita bersama.

Walau Bagaimanapun untuk pengetahuan anda, Homestay B&B ini telah pun beroperasi dan sudah mula untuk disewa. Sila hubungi kami melalui emel atau telefon dengan segera untuk menempah bilik penginapan anda.

Berita baik kepada kaki-kaki pancing, kaki-kaki golf dan juga kaki-kaki shopping. Kami akan aturkan program di blog ini seperti di Selat Inggeris, Dover atau Lautan Pasifik Bangor North Wales biasanya dari bulan Mei hingga Julai, bermain golf (kecuali musim sejuk) dan juga tempat-tempat menarik yang murah untuk membeli belah seperti retail shops, designer outlets dan membeli barang-barang terpakai dan antik di lokasi car boot sale berhampiran Bedford.

Memancing Ikan Mackerel Di English Channel Bulan Julai Musim Panas

Shopping Di Designer Outlet, Beicester Oxford

Kaki CarBoot Sales Hari Ahad (Kita panggil CBS ....Standard Sikit)


Ingin bercuti di Kota London atau UK? Tambang ke London sama ada menaiki penerbangan MAS atau Airasia-X amatlah murah jika dirancang lebih awal. Terdapat persaingan hebat oleh syarikat-syarikat penerbangan ke destinasi-destinasi tertentu, sama ada Airasia-X ke Stansted Airport London atau MAS ke Heathrow Airport London.



Misalnya bagi penerbangan Airasia tahun 2010, bagi musim bunga/panas (spring/summer) tambangnya boleh diperolehi semurah RM1,632.00 untuk pergi dan balik.

Tujuan kami berkongsi dalam blog ini adalah ingin memberikan kemudahan kepada mereka yang ingin merasai bercuti di London atau UK, dengan badget yang rendah tetapi tempat menginap yang selesa.... banyak boleh jimat? Sewa bilik di sini boleh diperolehi serendah £20.00 sehari dan boleh masak sendiri kalau mahu atau membeli makanan halal yang mudah diperolehi sekitar B&B ini.

Untuk ke London anda boleh menaiki tren (keretapi) dari stesen Bedford ke London (1 jam travel) dengan menggunakan tiket 1 hari perjalanan termasuk menaiki tiub (tube bawah tanah) dengan tambang £24.50.

Jika mahu ke destinasi lain di UK, anda boleh sewa sahaja kereta dengan memandu sendiri dengan kadar lebih kurang £25.00 sehari lengkap dengan "GPS navigator". Lesen anda (Malaysian driving licence) yang sah hidup memang laku untuk digunakan selama setahun di UK. Kalau sewa kereta drive sendiri lebih seronok sebab kita bebas untuk ke mana sahaja destinasi yang hendak dituju.....

Sila "booking" sekali sewa kereta "online" sebelum anda sampai di airport sebab tempahan online lebih murah. Untuk jimat, booking kereta tanpa air-condition (buka skrin tingkap udara luar sudah amat sejuk). Sesampai di airport, terus pergi kaunter Hertz untuk mendapatkan kereta sewa pandu sendiri anda. Jangan lupa bawa sekali "road map" sebagai panduan tambahan terutama "road map London".

Lawati website sewa kereta di Bedford berikut :
RentalCarGroup atau Hertz. Oleh itu, anda bolehlah budget sendiri berapa hari untuk bercuti di London atau UK dengan penjimatan yang agak besar..... nikmatilah betapa nyaman dan indahnya waktu musim bunga (spring 2010 in April) di UK. See you there in April 2010.

Current exchange rate : £1.00 = RM5.50

0 comments:

Post a Comment